https://docs.google.com/forms/d/1rPeiUfNOql0AeFHH2uyWlWvMo64Y4xpTURkSGkUe_1I/prefill
Tuesday, May 22, 2018
Monday, May 21, 2018
LIMITASI PERKHIDMATAN E-KAUNSELING
LIMITASI PERKHIDMATAN E-KAUNSELING
- Perlu diingatkan bahawa perkhidmatan e-kaunseling adalah satu cara untuk mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, perkhidmatan e-kaunseling tidak sama dengan perkhidmatan kaunseling bersemuka. Kaunseling bersemuka membolehkan anda bertemu kaunselor secara bersemuka dan ini membolehkan kaunselor membantu anda dengan lebih menyeluruh lagi. Anda boleh dapati perkhidmatan ini di sekolah-sekolah anda, pusat-pusat khidmat komuniti berhampiran dan juga dari klinik-klinik yang menawarkan perkhidmatan kesihatan mental.
- Tidak semua jenis masalah sesuai dengan e-kaunseling. Masalah-masalah yang membahayakan diri dan orang lain perlukan bantuan kaunseling secara bersemuka. Antara masalah yang dicadangkan untuk mendapatkan bantuan kaunseling bersemuka ialah kemurungan yang serius, kecenderungan untuk membunuh diri, penyalahgunaan dadah dan halusinasi kerana masalah-masalah ini akan ditangani secara pendekatan klinikal. Bagaimanapun, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan rujukan pusat-pusat yang menawarkan perkhidmatan bersemuka berhampiran tempat tinggal anda.
- Dalam kecanggihan pembangunan internet, kemungkinan laman web ini digodam (hacked) masih ada. Bagaimanapun saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyimpan data anda. Semua data klien akan dipindahkan ke komputer peribadi dan kemudian dilupuskan dari data e-mel.
- Peruntukan Akta Kaunselor 1998, terdapat klausa yang memerlukan kaunselor mendedahkan maklumat atas tuntutan undang-undang dalam kes-kes tertentu seperti berlakunya jenayah, cubaan bunuh diri dan kematian. Klausa ini memerlukan kaunselor perkhidmatan kaunseling bersemuka dan juga e-kaunseling mendedahkan maklumat yang dibincangkan dalam sesi. Bagaimanapun sekiranya perkara ini berlaku, anda akan saya maklumkan kepada anda terlebih dahulu sebelum saya mendedahkannya atas tuntutan undang-undang.
- Atas tuntutan Garis panduan Perkhidmatan E-kaunseling American Counseling Association (ACA Ethical Standards for Internet Counseling, 1999), sekiranya anda berumur 18 tahun ke bawah, sila maklumkan kepada penjaga anda bahawa anda melayari laman web ini. Ini membolehkan penjaga anda tahu jenis perkhidmatan yang saya tawarkan serta limitasi perkhidmatan ini.
Sunday, May 20, 2018
Bagaimana perkhidmatan e kaunseling dijalankan?
Bagaimana perkhidmatan e kaunseling dijalankan?
Terdapat dua cara bagi anda mendapatkan perkhidmatan e-kaunseling.
Pertama secara e-mel. - Anda hubungi saya secara emel dan kemudian saya akan membalas untuk meneruskan sesi kaunseling secara online ini.
Kedua secara ruang sembang (chatroom). Anda hubungi saya secara emel (jika saya offline) dan kemudian saya akan balas emel anda dengan memberikan tarikh dan masa temuanji. Selepas anda masuk (log-in) ke dalam ruang sembang maka sesi e-kaunseling boleh diteruskan atas persetujuan anda.
Langkah seterusnya
Saya dapat rasakan keinginan anda untuk cuba merasai pengalaman melakukan kaunseling secara online bersama saya. Anda telah membuat keputusan yang bijak. Saya bangga dengan potensi semulajadi yang ada pada diri anda.

Perisian yang digunakan.. whatapps .. anda boleh memuat turun perisian ini dari laman web yahoo.com.
https://wasap.my/601126437052
Apa alatan yang-diperlukan?

Hanya komputer dan akses internet.
Apa kemahiran yang diperlukan?
Anda mahir menggunakan internet untuk tujuan emel dan bersembang (chatting) telah memadai.
Hanya komputer dan akses internet.
Apa kemahiran yang diperlukan?
Anda mahir menggunakan internet untuk tujuan emel dan bersembang (chatting) telah memadai.
Protokol Chat
| Memandangkan sesi e-kaunseling tiada pertemuan secara bersemuka maka meluahkan emosi menjadi sedikit kaku. Jadi bagi membantu anda dan kaunselor, terdapat 2 cara yang boleh digunakan. 1. Smileys Penggunaan smileys telah digunapakai secara meluas dalam internet. Smileys akan dibekalkan kepada untuk membantu anda meluahkan perasaan anda. 2. Emotional Bracketing Setiap kali anda merasakan perlu untuk meluahkan perasaan anda, anda hanya perlu menyatakannya dalam kurungan. Contoh: . Saya tak setuju dengan keputusan saya itu (Geram) Peranan Kaunselor
Peranan anda
|
Langkah seterusnya
Saya dapat rasakan keinginan anda untuk cuba merasai pengalaman melakukan kaunseling secara online bersama saya. Anda telah membuat keputusan yang bijak. Saya bangga dengan potensi semulajadi yang ada pada diri anda.
Langkah seterusnya ialah untuk menghantar e-mel kepada saya dan berkongsi dengan penuh rela terhadap sebarang isu yang sedang mengganggu kehidupan anda. Hubungi saya di alamat e-mel berikut: noorashikin@iab.edu.my
Apabila saya menerima e-mel pertama anda, ini bermakna pehubungan kaunselor-klien antara anda dan saya telah terbentuk. Ini juga bermaksud anda telah memahami dan menerima maklumat yang telah saya nyatakan dalam persetujuan termaklum (inform consent) mengenai kaunseling online. Anda juga maklum bahawa perhubungan kaunselor-klien kita adalah secara sukarela dan terjalin atas kehendak anda sendiri.

Friday, May 18, 2018
Apa itu e-kaunseling?
- Kaunseling merupakan perkhidmatan menolong kepada anda yang memerlukan.
- Sesiapa yang menghadapi kesulitan berkaitan peribadi, keluarga, keremajaan, emosi, perhubungan dan seumpamannya boleh mendapatkan bantuan melalui e-kaunseling.
- Perkhidmatan ini lebih menjurus kepada perbincangan, berkongsi pandangan, berkongsi pengalaman dan akhir perbincangan akan menghala kepada penyelesaian yang diperlukan oleh anda.
- Penyelesaian kepada masalah mungkin tidak berlaku pada sesi yang pertama, mungkin tidak juga dalam sesi yang kedua. Biasanya penyelesaian berlaku apabila anda telah bersedia membuat keputusan untuk mengubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Mungkin juga penyelesaian boleh berlaku pada sesi perbincangan yang pertama lagi.
- Segala-galanya terpulang kepada kesediaan anda dan juga isu yang dibincangkan bersama. Perkara yang penting di sini ialah anda tidak berseorangan dalam mencari penyelesaian itu. Walaupun kita tidak bersua namun saya akan bersama-sama anda untuk mencari jalan keluar menghadapi kesulitan yang anda hadapi.
- E-kaunseling bermaksud anda tidak perlu lagi mencari dan mendapatkan kaunselor di luar. Anda hanya perlu menekan butang kekunci yang ada pada komputer anda dan sambungkan talian ke internet. Anda juga boleh berhubung dan membuat temujanji melalui e-mel. Dengan ini masa anda akan dapat dijimatkan dan anda berasa sungguh selesa kerana anda tidak perlu keluar lagi dari rumah untuk mendapatkan kaunselor anda
Thursday, May 17, 2018
Apakah kebaikan e-kaunseling?
Anonimiti : Saya tidak mengenali anda dan anda tidak perlu mendedahkan identiti diri anda. Anonimiti ini membuatkan anda merasa lebih selamat dan selesa.
Selesa : E-kaunseling boleh dijalankan dalam waktu anda sendiri, di lokasi pilihan anda sendiri.
Menjimatkan masa : Anda tidak perlu keluar dari rumah untuk mendapatkan sesi kaunseling.
Apakah kelemahan e-kaunseling?
# Kadangkala meluahkan perasaan melalui tulisan sedikit susah dan salah tafsir mungkin berlaku. Peranan anda dan kaunselor ialah untuk bertanya sekiranya terdapat keraguan dalam memahami maksud masing-masing.
# Kadangkala masalah terlalu kompleks dan memerlukan perhatian khusus. Anda mungkin dicadangkan bertemu kaunselor secara bersemuka bagi membantu anda. Bagaimanapun ianya bergantung atas persetujuan anda.

Subscribe to:
Comments (Atom)
SENARAI KAUNSELOR JABATAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Selamat Datang ke Laman e-kaunseling Kami menyediakan perkhidmatan kaunseling secara online yang ...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Selamat Datang ke Laman e-kaunseling Kami menyediakan perkhidmatan kaunseling secara online yang ...
-
Sesi 1: 8.30 -10.30 Pembentang kumpulan 1 hingga 5 Sesi 2: 11.00 – 1.00 Pembentangan kumpulan 6 hingga 10 Sesi 3: ...
-
https://docs.google.com/forms/d/1rPeiUfNOql0AeFHH2uyWlWvMo64Y4xpTURkSGkUe_1I/prefill HUBUNGI CR HAJAH NOOR ASHIKIN BINTI HAJI SHAHR...