- Kaunseling merupakan perkhidmatan menolong kepada anda yang memerlukan.
- Sesiapa yang menghadapi kesulitan berkaitan peribadi, keluarga, keremajaan, emosi, perhubungan dan seumpamannya boleh mendapatkan bantuan melalui e-kaunseling.
- Perkhidmatan ini lebih menjurus kepada perbincangan, berkongsi pandangan, berkongsi pengalaman dan akhir perbincangan akan menghala kepada penyelesaian yang diperlukan oleh anda.
- Penyelesaian kepada masalah mungkin tidak berlaku pada sesi yang pertama, mungkin tidak juga dalam sesi yang kedua. Biasanya penyelesaian berlaku apabila anda telah bersedia membuat keputusan untuk mengubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Mungkin juga penyelesaian boleh berlaku pada sesi perbincangan yang pertama lagi.
- Segala-galanya terpulang kepada kesediaan anda dan juga isu yang dibincangkan bersama. Perkara yang penting di sini ialah anda tidak berseorangan dalam mencari penyelesaian itu. Walaupun kita tidak bersua namun saya akan bersama-sama anda untuk mencari jalan keluar menghadapi kesulitan yang anda hadapi.
- E-kaunseling bermaksud anda tidak perlu lagi mencari dan mendapatkan kaunselor di luar. Anda hanya perlu menekan butang kekunci yang ada pada komputer anda dan sambungkan talian ke internet. Anda juga boleh berhubung dan membuat temujanji melalui e-mel. Dengan ini masa anda akan dapat dijimatkan dan anda berasa sungguh selesa kerana anda tidak perlu keluar lagi dari rumah untuk mendapatkan kaunselor anda
Friday, May 18, 2018
Apa itu e-kaunseling?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SENARAI KAUNSELOR JABATAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Selamat Datang ke Laman e-kaunseling Kami menyediakan perkhidmatan kaunseling secara online yang ...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Selamat Datang ke Laman e-kaunseling Kami menyediakan perkhidmatan kaunseling secara online yang ...
-
Sesi 1: 8.30 -10.30 Pembentang kumpulan 1 hingga 5 Sesi 2: 11.00 – 1.00 Pembentangan kumpulan 6 hingga 10 Sesi 3: ...
-
https://docs.google.com/forms/d/1rPeiUfNOql0AeFHH2uyWlWvMo64Y4xpTURkSGkUe_1I/prefill HUBUNGI CR HAJAH NOOR ASHIKIN BINTI HAJI SHAHR...
No comments:
Post a Comment